Setiap kumpulan dikehendaki untuk mencipta sesuatu produk berasaskan
- gambar yang diberikan,
- pemilihan gambar
- pemilihan produk berasaskan gambar yang dipilih
- produk yang dihasilkan berbentuk produk yang belum wujud dipasaran semasa
Terdapat 3 tempat dan keadaan bagi penghasilan produk yang dipilih iaitu:
i) Litar Grand Prix
i) Litar Grand Prix
ii) Padang pasir
iii) Kawasan Pantai
iii) Kawasan Pantai
Kumpulan kami telah memilih litar Grand Prix bagi produk yang ingin dihasilkan
Setelah membuat sesi “brainstorming’, kami telah memilih untuk merekacipta produk yang
di beri nama “Grandstand Eye”. Produk tersebut direka bagi kegunaan penonton-penonton yang berada di jauh dari Grand Stand (tempat duduk utama di litar lumba.
Antara ciri-ciri yang terdapat pada produk tersebut ialah:
· Mempunyai penutup telinga(ear plug) yang boleh berfungsi sebagai Headphone dan juga bagi mengawal pendengaran dari bunyi bising kenderaan lumba.
· Mempunyai ciri Fotogrey di mana warnanya akan menjadi semakin kehitaman secara automatik apabila berada di tempat yang panas.
· Tahan lasak dan boleh dilentur(tidak mudah patah)
· Kebolehan untuk ‘zoom’ iaitu dapat melihat objek yang jauh dengan lebih dekat hanya dengan melaras butang yang terdapat pada bingkai cermin.
· Mempunyai kawalan radio transmitter untuk mendengar percakapan atau komentar dari pengulas sukan
Contoh model produk yang dicipta:
Pandangan Hadapan
Pandangan Sisi
Pandangan Atas