Saturday 3 December 2011

Business Model: Travel

Bisnes Pelancongan Spa
Strategi Utama
1. Matlamat
Bisnes pelancongan semakin berkembang pesat bagi pasaran tempatan dan juga luar negara. Ia merupakan pemangkin dalam pembangunan ekonomi negara serta banyak menyumbang kepada pendapatan dan pertumbuhan ekonomi negara. Terdapat banyak jenis pelancongan, diantaranya pelancongan untuk belajar, untuk berhibur, untuk bersantai, untuk kesejahteraan dan sebagainya. Industri pelancongan Malaysia mempunyai potensi untuk meningkatkan mutu, tarikan dan keunggulan produk dan perkhidmatan pelancongannya yang ada setanding dengan destinasi pelancongan yang lain di kawasan Asia Tenggara.

2. Pasaran
Bisnes pelancongan yang disediakan oleh syarikat kami adalah menekankan padaTeras Healthism. Kesihatan menjadi motif yang utama, namun dilaksanakan dalam suasana yang santai. Konsep pelancongan kesejahteraan (welness tourism) merangkumi keseluruhan terdiri daripada badan, roh dan akal. Konsep pelancongan kesihatan yang diterapkan oleh syarikat kami adalah seperti berikut:








3. Perbezaan
Bisnes Kami membolehkan pelanggan kami terutama kakitangan kerajaan membuat pembayaran secara ansuran melalui potongan gaji. Memberi lebih keselesaan pada pelanggan yag tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak dalam sesuatu masa.


Strategic Resources
1. Core Compelencies
Syarikat kami mempunyai jalinan kerjasama yang amat baik dengan Angkasa (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia), Kementerian pelancongan Malaysia, Persatuan Spa Malaysia (AMSPA), dan Persatuan Industri Spa dan Kesihatan Malaysia (SWIAM).
2. Strategic Assets
Kami mempunyai kedai yang strategik, terletak di pusat-pusat pasaraya berserta staf yang terlatih dan mahir dalam bidang pelancongan. Kami juga mempunyai rakan-rakan perniagaan yang telah maju dan terkenal dalam negara kita.
Partnership Network
1. Supplies
Kami mempunyai jalinan rangkaian melalui Kementerian Pelancongan kepada banyak spa diseluruh Malaysia, di antaranya seperti senarai di bawah:
BIL.
NAMA SPA
NEGERI
JENIS SPA

  1.  
Indrani Spa
Kuala Lumpur
Day Spa

  1.  
Spa Village, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Resort Spa

  1.  
Ozmosis Health & Day Spa
Kuala Lumpur
Day Spa

  1.  
The Spa At The Datai
Langkawi, Kedah
Hotel spa

  1.  
Mandara Spa
Kuala Lumpur
Spa Hotel

  1.  
Spa Village, Pangkor Laut
Perak
Destination Spa

  1.  
Spa Village Tanjong Jara
Terengganu

Resort Spa

  1.  
Sembunyi Spa
Kuala Lumpur
Resort Spa

  1.  
Casa Del Mar
Langkawi, Kedah
Resort Spa

  1.  
RimBa Spa
Kuala Lumpur
Hotel Spa

  1.  
JoJoBa Spa
Selangor
Resort Spa

  1.  
Jari-Jari Spa
Sabah
Day Spa

  1.  
Samadhi Spa at Japamala
Pulau Tioman
Resort Spa

  1.  
Mandrayu Spa
Pahang
Resort Spa

  1.  
Berjaya Rendang Spa Resort
Terengganu
Resort Spa

  1.  
Berjaya Tioman Beach,Glog & Spa Resort
Johor, Pahang
Resort Spa

  1.  
Golden Sense Spa & Massage
Sarawak
Day Spa

  1.  
Yoga Zone
Kuala Lumpur


  1.  
The Sampuotan Fish Spa
Selangor
Day Spa

  1.  
Tha Andaman
Langkawi
Resort Spa

2. Other Key Relationship
Jenis-jenis pelancongan spa yang ditawarkan
Jenis
Huraian
Ia menawarkan rawatan asas kegunaan harian. Kebanyakannya juga turut menawarkan perkhidmatan salun.
Spa yang bertujuan membawa kepada cara hidup sihat melalui rawatan spa, senaman dan program pendidikan. Menawarkan penginapan sekurang-kurangnya 2 malam. Sesetengahnya tempoh minimum tinggal adalah 3 atau 7 malam. Turut menyediakan secara ekslusif spa cuisine.
Terletak di resort atau hotel. Menawarkan perkhidmatan spa, kelas kesegaran dan spa cuisine dengan menyediakan makanan seperti stik dan burger. Ia juga pilihan yang baik apabila seseorang menginginkan spa dan golf. Turut sesuai untuk pengembara dan keluarga.
Selain itu Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) telah menetapkan kriteria-kriteria akreditasi kemudahan yang perlu ada dalam sesebuah operasi spa ialah:
i.                    Mengamalkan operasi yang mempunyai reputasi yang baik secara
beretika. Sekiranya terdapat bukti berlakunya amalan yang tidak
beretika, maka ia tidak akan diterima oleh persatuan.
ii.         Berkelayakan, sekurang-kurangnya dalam satu kategori perniagaan spa.
ii.                  Menjadi syarikat yang benar-benar berdaftar, syarikat tempatan atau syarikat asing.
iv.         Mempunyai lesen spa yang sah
v.         Sekiranya dijalankan oleh pengusaha spa dari luar, perlu mempamerkan bukti yang mengatakan pengusaha telah berdaftar di Malaysia.
vi.         Waktu operasi- perlu ditutup tidak boleh melebih dari tengah malam.
vii.       Mengambil hanya pekerja yang berkelayakan, staf yang terlatih dan mengikut kriteria berikut
a.          Ahli-ahli terapi mestilah berkelayakan dalam bidang spa.
b.         Ahli-ahli terapi perlu mempunyai paling minimum 600 latihan/waktu kerja bagi setiap terapi sebagai terapi spa dalam tempoh pengukuhan reputasi baik atau menunjukkan pengalaman bekerja yang setara.
c.         Penyeliaan dan staf pengurusan bertugas yang layak sepenuhnya dalam waktu beroperasi.
d.         Semua kakitangan harus menunjukkan tingkah laku yang professional, bersesuaian dan beretika terhadap pelanggan sepanjang masa.
e.          Semua kakitangan perlu menjaga keselamatan tempatdan
kesejahteraan pelanggan melebihi segala yang lain.
viii.       Semua kakitangan perlu beruniform lengkap
ix.        Semua pengunjung/pelanggan perlu mendaftarkan diri dan direkodkan ke dalam fail
x.         Mendokumenkan Standard Operating Procedures (SOPs) dan panduan latihan di dalam kawasan dan sewaktu digunakan.
xi.         Mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
xii.       Mematuhi syarat-syarat keselamatan dan kebakaran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sepanjang masa.
xiii.      Menggunakan hanya produk rawatan yang dibenarkan dan disahkan oleh Kerajaan Malaysia.
xiv.      Mengasingkan kawasan persalinan dan mandian antara lelaki dan wanita (kecuali bilik rawatan mewah)
xv.       Mesti menggabungkan rawatan air dan/atau terapi air ke dalam menu rawatan harian seperti yang didefinisikan di atas dan mempamerkan bukti kemudahan rawatan air.




Customer Interface
1. Golongan Sasaran
Pelanggan dari golongan pendapatan sederhana dan keatas yang merasakan mereka ingin bercuti namun hanya mampu membayar secara ansuran.
2. Fulfillment and support
Mengadakan roadshow dipejabat kerajaan dan event-event seperti pesta konvokesyen,hari terbuka ,selain menyebarkan risalah-risalah kepada golongan sasaran.
3. Pricing Structure
Memberikan harga yang berpatutan dengan kualiti perkhidmatan yang disediakan terjamin seperti sedia kala tanpa sebarang kekurangan.


Copyright © 2011 IT Distribiz Sdn Bhd, All Right Reserved. Powered by Blogger